Thursday, August 12, 2010

Choc Gift & 100 Pralines - Order From Mdm Dilla

Hujung minggu lepas dapat order dari Madam Fadhillah. Madam Fadhillah ni saya kenal masa submit permohonan untuk Engineering Industrial Training (EIT) dua tahun lepas. Sangat baik dan ramah orangnya.







Madam order 20 x 5 biji Pralines untuk makan-makan dan juga choc gift yang mempunyai 35 biji Pralines. Filling yang saya gunakan termasuklah kacang hazelnut, Honeystars, ganache perisa vanilla, oren, dan juga durian. Ye, durian. First time buat. Mintak-mintak la sedap. :p



Untuk 20 x 5 pieces Pralines tuh, saya letak kat dalam bekas kuih raya yang macam di bawah nih:-




Yang kat bawah nih pulak, choc gift yang dipesan. Tulisannya "Ramadan Mubarak". Madam sebenarnya nak tulis "Semoga Tok Sihat Selalu", tapi disebabkan mould untuk abjad tuh pelik + limited, saya terpaksa mmintak madam tukar. :( Saya ingin mohon ampun sepuluh jari kat madam sebab tak boleh nak tulis ucapan yang diminta mula-mula. Apa-apa pun, selepas nih saya akan cari mould yang bersesuaian. Sudah keluar mencari sebenarnya, tapi tidak dijumpai.






Lihat, decoration saya dah bertamban maju! Reben sudah diupgrade. Saya minta tolong emak saya menjadi consultant untuk mengikat reben. :p

Apa-apa pun, diharap madam berpuas hati dengan order yang diterima. Untuk madam, saya sedia menerima kritikan membina. Mesej saja di Facebook. :)

P/s - Lawati blog Madam Dilla di sini -> http://awomanlife.blogspot.com