Thursday, August 12, 2010

Choc Gift & 100 Pralines - Order From Mdm Dilla

Hujung minggu lepas dapat order dari Madam Fadhillah. Madam Fadhillah ni saya kenal masa submit permohonan untuk Engineering Industrial Training (EIT) dua tahun lepas. Sangat baik dan ramah orangnya.







Madam order 20 x 5 biji Pralines untuk makan-makan dan juga choc gift yang mempunyai 35 biji Pralines. Filling yang saya gunakan termasuklah kacang hazelnut, Honeystars, ganache perisa vanilla, oren, dan juga durian. Ye, durian. First time buat. Mintak-mintak la sedap. :p



Untuk 20 x 5 pieces Pralines tuh, saya letak kat dalam bekas kuih raya yang macam di bawah nih:-




Yang kat bawah nih pulak, choc gift yang dipesan. Tulisannya "Ramadan Mubarak". Madam sebenarnya nak tulis "Semoga Tok Sihat Selalu", tapi disebabkan mould untuk abjad tuh pelik + limited, saya terpaksa mmintak madam tukar. :( Saya ingin mohon ampun sepuluh jari kat madam sebab tak boleh nak tulis ucapan yang diminta mula-mula. Apa-apa pun, selepas nih saya akan cari mould yang bersesuaian. Sudah keluar mencari sebenarnya, tapi tidak dijumpai.






Lihat, decoration saya dah bertamban maju! Reben sudah diupgrade. Saya minta tolong emak saya menjadi consultant untuk mengikat reben. :p

Apa-apa pun, diharap madam berpuas hati dengan order yang diterima. Untuk madam, saya sedia menerima kritikan membina. Mesej saja di Facebook. :)

P/s - Lawati blog Madam Dilla di sini -> http://awomanlife.blogspot.com

7 comments:

Anonymous said...

waaahhh!!! aku sgt teruja melihat kehebatan ko buat cekelat skrg! dah jadi bos besar ke weh? haha!

chaiyyok ajez!!

Dilla said...

Aziz!!! Perisa durian???! Saya tak suka durian tau. Uwaaa...
Takpelah, saya makan seketul je. Yang lain tu saya hadiahkan untuk saudara mara.
Komen ikhlas dari mereka:
1- Cantik! "Tak sangka budak lelaki yg buat". (budak tu,macam muda je Aziz ni kan)

2- Coklat tu agak manis. Orang-orang veteran dalam keluarga saya tak berapa gemar juadah yang manis-manis sangat.

Komen saya:
1- Wah! kreatifnya budak Aziz ni :)
2- Mungkin coklat tu aziz boleh kurangkan manis atau jadikan ianya dark choc. So dark choc + filling= pasangan secocok, maybe?

Terima kasih ye sudi deliver sampai ke USJ.

Dilla said...

Eh! Nanti orang pk tak sedap pulak sebab tu makan seketul saja. Sebenarnya, saya masa balik Malaysia baru ni, kurang selera makan. Tambahan bulan Ramadhan pulakkan, makan pun 2 kali je sehari. Masa untuk makan coklat, kerepek ni kurang. Kalau bulan biasa, mmg akan makan punya :)

ajezahmad said...

@ wee - Bos besar la sgt. Aku jadi kuli jer. HAhaha!

ajezahmad said...

@ madam dilla - Madam, thanks for the comment. Sy pon rasa nak reject perisa durian tuh. Fam saya pon ada yang tak suka. Haha! BTW, rasa manis tuh x leh nak wat aper dah. Mmg coklat tuh manis. Tp maybe next time sy try way gunda dark choc plak. cadangan yang baik tuh. dark choc + kacang. ok kat? kalo kat euro dorg letak filling aper ek?

Anyway, sgt2 appreciate komen mdm. Time kasih mdm.

Dilla said...

Orang putih mmg suka cekelat manis2. Sebab diorg minum dgn teh atau kopi tanpa gula. Tapi cadangan aziz dark choc+filling kacang hazel tu.. sungguh yummmm bunyinya :))

Unknown said...

suka nya tengok coklat!

jangan pindah bisnes ye...kalau la jodoh saya ada lepas ni,saya nak order untuk hantaran!hehehe