Thursday, August 12, 2010

Choc Gift & 100 Pralines - Order From Mdm Dilla

Hujung minggu lepas dapat order dari Madam Fadhillah. Madam Fadhillah ni saya kenal masa submit permohonan untuk Engineering Industrial Training (EIT) dua tahun lepas. Sangat baik dan ramah orangnya.







Madam order 20 x 5 biji Pralines untuk makan-makan dan juga choc gift yang mempunyai 35 biji Pralines. Filling yang saya gunakan termasuklah kacang hazelnut, Honeystars, ganache perisa vanilla, oren, dan juga durian. Ye, durian. First time buat. Mintak-mintak la sedap. :p



Untuk 20 x 5 pieces Pralines tuh, saya letak kat dalam bekas kuih raya yang macam di bawah nih:-




Yang kat bawah nih pulak, choc gift yang dipesan. Tulisannya "Ramadan Mubarak". Madam sebenarnya nak tulis "Semoga Tok Sihat Selalu", tapi disebabkan mould untuk abjad tuh pelik + limited, saya terpaksa mmintak madam tukar. :( Saya ingin mohon ampun sepuluh jari kat madam sebab tak boleh nak tulis ucapan yang diminta mula-mula. Apa-apa pun, selepas nih saya akan cari mould yang bersesuaian. Sudah keluar mencari sebenarnya, tapi tidak dijumpai.






Lihat, decoration saya dah bertamban maju! Reben sudah diupgrade. Saya minta tolong emak saya menjadi consultant untuk mengikat reben. :p

Apa-apa pun, diharap madam berpuas hati dengan order yang diterima. Untuk madam, saya sedia menerima kritikan membina. Mesej saja di Facebook. :)

P/s - Lawati blog Madam Dilla di sini -> http://awomanlife.blogspot.com

Tuesday, July 27, 2010

Choc Gift Untuk Kak Nana - Edisi MTV World Stage

Edisi World Stage la sangat, padahal tak ada kaitan pun. Apa-apa pun, warna yang dipilih kali ini ialah hijau epal dan biru muda. Praline 12 biji berintikan ganache oren dan tropika, kacang pistachio dan bijirin Honey Stars. Ya, Honey Stars. Saya tak guna emping beras. :p










P/s - Seperti mahu mencari seseorang untuk in charge bahagian packaging. Saya masih belum kreatif lg bab-bab menghias reben. Siapa mahu?



Thursday, July 15, 2010

Choc Gift - Order Daripada Farhan Yamin

Farhan Yamin, junior di sekolah saya dulu, dan juga di universiti order 35 pieces Pralines choc gift sekali dengan kotak, untuk hari lahir kawan dia, Lah Ahmad, eh, Lah Siddiq. Warna yang aku pilih, hijau dan kuning. Bereksperimen dengan warna baru.




Ganache yang saya buat uutuk kali ni termasuklan Oren, Anggur, Tropical dan Mangga. Tapi anggur dia tak rasa sangat. Sori la Paan. Saya masukkan jugak kacang pistachio dalam beberapa praline. Inilah hasilnya:-









Saya kasi Paan 10 biji Pralines, extra untuk dia makan sendiri atau bagi kawan-kawan sebagai tester. Baik tak? Hahahaha!



Apa-apa pun, harap Farhan dan kawan-kawan dia enjoy la choc gift yang saya buat. Seperti biasa, kalau sedap boleh order lagi. Kalau tak, kritikan membina sentiasa dialu-alukan. Silalah komen yer.

BTW, tak sempat plak ambik gambar Farhan semalam. Apa-apa pun, korg sumer leh visit blog dia di sini: http://farhanyamin.blogspot.com/

Sunday, July 11, 2010

Choc Gift - Azan Dan Hidayah

Wah, produk yang pertama yang diberikan kepada orang luar, selain daripada ahli keluarga aku. Berdebar-debar jugak buat nih. Warna yang dipilih, Ungu dan Merah Jambu. Aku dah consult awal-awal dengan Azan, tanya dia apa color theme untuk reception dia dan Hidayah.






Produk yang diberi ialah Praline berinti ganache Tropica dan kacang Pistacio. Kalau rasa-rasa masam tuh, itu disebabkan oleh perisa Tropica ye, bukan sebab rosak atau apa. Lagi satu, disebabkan ini choc gift untuk wedding korg, aku kasi extra Pistachio dalam setiap Praline. Nah, lihatlah gambar produk pertama aku.










Inilah pasangan pengantinnya. Tahniah kepada Hidayah dan Azan.




Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aku harap korg enjoy coklat yang aku bagi. Kalau suka, boleh tempah la ye. Kalau tak suka, diam-diam sudah. Haha!

P/s - Elinna (paling kanan berbaju merah) dah pun menjadi mak andam yang berjaya. Aku pun nak start buat bisnes la (sebagai pembekal choc homemade, bukan sebagai mak andam!). Saper mahu tempah? Saya bagi harga pengenalan yang best! Korg memang tak boleh dapat la daripada org lain. Susah nak cari coklat air tangan orang lelaki. SMS saya di 019-3749835.

Experiment #2 - Coklat Praline Dengan Kacang Pistachio

Saya malas mahu bercerita panjang. Caranya sama seperti Experiment #1, cuma kali ini intinya saya tukar dengan kacang Pistachio. Apa? Ulang balik? Kacang Pistachio? Haha! Hebat kan? Tak main la kacang-kacang typical seperti Hazalnut dan Almond. :p Saya mahu cuba sesuatu yang lain. Lagi pun, kacang Pistachio lebih berkhasiat, kot.

Tujuan saya bereksperiment kali ini ialah untuk membiasakan diri sebelum buat choc gift untuk Hidayah dan Azan (Nantikannya di post akan datang). Warna yang dipilih kali ini ialah Peach dan Kuning Telur. Sekali lagi, kombinasi warna yang tidak menarik (apa aku sudah buta warna ke apa sekarang?). Apa-apa pun, enjoy la karangan bergambar ni:-

Inilah kacangnya. Cukup untuk sepuluh batch kot.




Macam biasa, inilah proses-prosesnya. Terlupa mahu tangkap gambar Praline yang ada kacang. Saya buat Praline berinti ganache strawberry dan Tropica juga.





Mould yang baru di beli. Bentuk yang agak menarik.






Saya sudah ada sues-chef. Dia mahu tolong, saya beri aja.





Hasil-hasil yang berjaya dituai. Jumlah coklat yang diguna: 500g milk compound, 200g white compound.





Experiment kali ini agak berjaya. Tekstur coklat semakin baik. Kurang sedikit permukaan yang berlubang-lubang. Itu sahaja untuk kali ini.

Saturday, July 10, 2010

Berjalan-Jalan Ke Kedai Bahan-Bahan Bakeri

Jumaat lepas aku pi cari barang nak buat coklat lagi. Aku tau dua tempat ni, Bake With Yen di Lorong Haji Taib (ye, lorong yang kontroversi itu!) dan juga Hoi Baking Ingredients di Selayang Baru.





Aku memang rekemen la dekat kamu semua dua-dua kedai nih sebab semua ada. Dari Barangan mentah kek, coklat dan roti sehinggalah acuan-acuannya.





Ini di Bake With Yen. Even Pakcik Britton pun mencari coklat di sini. Dia nih chef di hotel agaknya. Tak sempat nak berkenalan. Tapi, kalau korang cari coklat, aku rekemen ke Hoi Baking Ingredients. Di sana ternyata lebih murah.



Lagi barangan kek dan coklat. Pelbagai kekacang ada. Sempat juga aku beli kacang Pistachio untuk buat coklat-coklat batch baru.