Thursday, July 8, 2010

Experiment #1 - Coklat Praline Dengan Sunquick Tropica Ganache



Objektif:
Menghasilkan coklat Praline berinti Sunquick Tropica dengan kuantiti 400g coklat masakan semi-sweet.

Bahan-bahan:-
  • 400g (atau kurang) semi-sweet choc / milk choc compound (sebenarnya nak buat 200g jer, tapi salah bajet)
  • 2 sudu besar glucose syrup
  • 200g white choc - 150g untuk ganache, 50g atau lebih utk decoration
  • 25-30ml Sunquick Tropica
  • 4 sudu besar Creamy Peanut Butter
  • Oil-based coloring (Mesti oil-based. Jgn guna water based yg biasa org guna untuk kek tuh)
  • 2 sudu besar air panas
Cara-cara:-
  • Ganache atau inti: 150g white choc di-temper dan kemudian dicampurkan dengan 2 sudu besar glucose syrup dan 2 sudu besar air panas. Kacau sehingga likat. Bila dah likat, masukkan dalam beg icing. Kemudian 25-30ml (secukup rasa) Sunquick Tropica disikan ke dalam beg tersebut dan kemudian dipicit-picit sehingga sebati . Hasilnya:-


  • Decoration: 50g white choc di-temper dan kemudian dicampurkan dengan tiga warna pilihan; merah, merah jambu dan ungu (apparently, kombinasi warna merah dengan merah jambu agak kurang sesuai. Haha! )


  • Coklat compound: 400g di-temper dan ditambah dengan 4 sudu peanut butter. Masukkan ke dalam beg icing.
  • Coklat untuk decoration diletakkan ke dalam mold terlebih dahulu. Dibiarkan sejuk seketika. Kemudian diisikan dengan 1/3 coklat compound. Papan mold dihentak-hentak (tak tau nak letak istilah apa) untuk mengeluarkan bubble dan meng-level-kan permukaan coklat di dalam acuan. Dibiarkan sejuk seketika sekali lagi.
  • Proses membuat dinding coklat: Gunakan hujung garpu atau sudu untuk membuat dinding. Sila rujuk gambar di bawah:-


  • Apabila dinding sudah beku, ganache dimasukkan. Masukkan sebanyak yang boleh. Baru sedap sikit coklat tuh. Tapi jangan sampai melimpah. Yang kuning tuh ganache Sunquick yang aku buat sendiri. Yang merah ganache strawberi dan coklat, ganache capuchino, yang aku dapat masa kelas minggu lepas. Ganache yang tidak habis diguna boleh disimpan untuk kegunnaan pada lain kali.


  • Akhir sekali, proses menutup permukaan coklat. Perlu dilakukan dengan teliti supaya nampak kemas. Sekali lagi, hentak-hetakan papan mold supaya isipadu coklat dpat di-level-kan.



  • Yang di bawah nih lebihan coklat hiasan. Aku dah malas time nih, so, aku tak kikis utk wat dinding. Aku letak jer ganache. :p Memang la menyenangkan kalau buat macam nih, tapi ada keburukan dia. Keburukan dia termasuklah menghadkan isipadu ganache yang boleh diletakkan dan juga boleh menyebabkan ganache terkena kepada dinding permukaan seterusnya menyebabkan coklat tidak tahan lama.



Keputusan:-





Eksperimen yang pertama agak kurang menjadi:-
  • Kombinasi warna yang kurang menarik - Merah dan merah jambu.
  • Permukaan coklat yang berlubang-lubang disebabkan oleh udara yang terperangkap di dalam mold.
Untuk first trial, kira not bad la kan? Haha! BTW, color tuh sebenarnya xder la se-striking tuh. Gambar-gambar telah di-enhance-kan oleh imaging software. Dan yang paling penting, coklat, color, ganache semua digunakan daripada bahan-bahan yang diiktiraf halal oleh JAKIM.

3 comments:

Dilla said...

sukalah... sukalah. saya nak cuba ni. :) tx aziz sudi kongsi :)

IrAziz said...

@ mdm dilla - cuba ek madam. aper2 yg tak pasti, tny la. tp madam hebat2. berpura-pura la tuh. :p

Huda, K. said...

merujuk kepada gamba proses memasukkan ganache tu, mcm gaya ala2 ko sdg mempipette kat imr dlu la. ahahaha