Saya malas mahu bercerita panjang. Caranya sama seperti Experiment #1, cuma kali ini intinya saya tukar dengan kacang Pistachio. Apa? Ulang balik? Kacang Pistachio? Haha! Hebat kan? Tak main la kacang-kacang typical seperti Hazalnut dan Almond. :p Saya mahu cuba sesuatu yang lain. Lagi pun, kacang Pistachio lebih berkhasiat, kot.
Tujuan saya bereksperiment kali ini ialah untuk membiasakan diri sebelum buat choc gift untuk Hidayah dan Azan (Nantikannya di post akan datang). Warna yang dipilih kali ini ialah Peach dan Kuning Telur. Sekali lagi, kombinasi warna yang tidak menarik (apa aku sudah buta warna ke apa sekarang?). Apa-apa pun, enjoy la karangan bergambar ni:-

Inilah kacangnya. Cukup untuk sepuluh batch kot.
Macam biasa, inilah proses-prosesnya. Terlupa mahu tangkap gambar Praline yang ada kacang. Saya buat Praline berinti ganache strawberry dan Tropica juga.
Mould yang baru di beli. Bentuk yang agak menarik.
Hasil-hasil yang berjaya dituai. Jumlah coklat yang diguna: 500g milk compound, 200g white compound.
Experiment kali ini agak berjaya. Tekstur coklat semakin baik. Kurang sedikit permukaan yang berlubang-lubang. Itu sahaja untuk kali ini.
No comments:
Post a Comment