Jumaat lepas aku pi cari barang nak buat coklat lagi. Aku tau dua tempat ni, Bake With Yen di Lorong Haji Taib (ye, lorong yang kontroversi itu!) dan juga Hoi Baking Ingredients di Selayang Baru.
Aku memang rekemen la dekat kamu semua dua-dua kedai nih sebab semua ada. Dari Barangan mentah kek, coklat dan roti sehinggalah acuan-acuannya.
Ini di Bake With Yen. Even Pakcik Britton pun mencari coklat di sini. Dia nih chef di hotel agaknya. Tak sempat nak berkenalan. Tapi, kalau korang cari coklat, aku rekemen ke Hoi Baking Ingredients. Di sana ternyata lebih murah.
Lagi barangan kek dan coklat. Pelbagai kekacang ada. Sempat juga aku beli kacang Pistachio untuk buat coklat-coklat batch baru.
1 comment:
assalammualaikum..Hoi Baking Ingredients kat selayang tu kat mana yea???boleh saya tahu?
Post a Comment