Thursday, July 8, 2010

Mari Membuat Coklat




Selamat datang ke Ajez Choc Lab, tempat aku menghabiskan sisa-sisa hidup bersama coklat. Mulanya aku mahu menggunakan Tumblr sebagai platform untuk blog coklat aku nih, tetapi buat masa sekarang, Blogger masih lagi menjadi pilihan.

Percaya atau tidak, ya, semua coklat-coklat yang ada dalam gambar nih aku yang buat. Haha! Dah bosan tak tau nak buat apa, aku pun join la aktiviti buat coklat di rumah nih. Sebenarnya, terpengaruh dengan seorang schoolmate yang menjalankan bisnes coklat. Lawati blog dia di sini.

Coklat-coklat yang aku buat nih aku belajar dari sifu. Mana la hebat aku nak buat sendiri. Sifu aku nama dia Kak Izan. Dia memang buat bisnes dan kelas coklat. Lawat blog dia di sini.

Seperti biasa, aku malas nak menulis panjang-panjang. Baca aja karangan bergambar aku tentang aku dan coklat-coklat yang berjaya dihasilkan hasil belajar dengan Kak Izan selama hampir 7 jam di bawah nih:-


Praline. Aku paling suka buat nih, sebab boleh decorate macam-macam.





Nih coklat Oreo. Sesuai untuk kanak-kanak.




Yang coklat bear tuh diperbuat daripada coklat curvature, coklat Gred A, coklat yang diperbuat dengan mengunakan 100% daripada cocoa butter/mentega koko (lemak dari biji koko)




Hasil-hasil yang berjaya dituai sesudah tamat kelas.






Bila balik rumah, ada tiga orang budak kecik menanti. Apa lagi, hampir semua kena rembat. Haha!



Itu sahaja untuk kali ini. Nantikan experiment seterusnya tidak lama lagi.


2 comments:

Dilla said...

comel-comelnya coklat yang aziz buat. wah!!! terkesima saya :) saya nak tempah utk raya aidilfitri boleh? btw, nak beli kat mana mould tu?

IrAziz said...

@ mdm dilla - boleh madam. tapi kena tunggu saya terer dulu la. Mold tuh byk jual kat kedai2 bakeri. Sy beli dalam RM3.50 jer. Tapi tuh yang murah la. Ada gak yang mahal. Yang mahal lebih berkualiti dan senang nak basuh kot. :p